Latest Blog Posts
Tips Penjagaan Tudung Nampak Macam Baru
Tips Penjagaan Tudung Nampak Macam Baru
20/03/2019 0

Latest Comments
Article Tags

Tips Penjagaan Tudung Nampak Macam Baru

Posted by webmaster 20/03/2019 0 Comment(s) Shopping,

 

Perempuan bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Tudung-tudung tersebut perlu disimpan dengan rapi agar kekal seperti baru. Macam mana caranya? Jangan risau, di sini Team Vellerie nak kongsikan tips penjagaan tudung supaya nampak macam baru beli kat kedai gitu.

 

[ 1 ] -- Pastikan sabun pencuci untuk mencuci tudung daripada jenis cecair seperti contoh pelembut fabrik, dan bukannya jenis serbuk.

 

[ 2 ] -- Rendam tudung seketika dalam air bercampur pelembut selama 15 minit kemudian bilas tudung dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun.

 

[ 3 ] -- Pastikan tudung dijemur di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena direct cahaya untuk mengelakkan warna tudung menjadi pudar.

 

[ 4 ] -- Pastikan tudung dicuci dengan menggunakan tangan atau kaedah ramas dengan lembut untuk mengelakkan tudung cepat rosak.

 

[ 5 ] -- Boleh mencuci tudung menggunakan mesin basuh dengan cara memasukkan tudung ke dalam bekas berjaring supaya fabrik tudung tidak rosak.

 

[ 6 ] -- Ketika menggosok tudung, pastikan suhu yang digunakan sesuai dengan fabrik tudung untuk elakkan tudung terbakar.

 

[ 7 ] -- Bagi tudung jenis lycra & mosscrepe, ia tidak perlu digosok kerana materialnya tahan kedutan tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah, sebaiknya gunakan steam iron.

 

[ 8 ] -- Cara melipat tudung juga perlu betul :

  • Bagi jenis tudung bawal dan shawl, boleh dilipat dan susun dengan rapi dalam laci mengikut jenis fabrik atau warna
  • Bagi tudung sarung atau instant shawl pula, sebaiknya digantung bagi supaya awningnya kekal terbentuk

 

Inilah antara tips untuk pastikan tudung-tudung yang kita miliki sentiasa nampak baru. Lepas ni tiada lagi koleksi tudung kita nampak kusam/rosak. Selamat mencuba!

Tips ini dibawakan khas oleh Team Vellerie. Nantikan tips-tips lain di minggu hadapan!

 

Salam Sayang,

Team Vellerie

Tags: tips

Leave a Comment